Nasehat Imam Al-Ghazali

in #life7 years ago (edited)

Dibawah ini merupakan beberapa nasehat dari Guru Mulia Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali.

  • Hadapi kawan atau musuhmu itu dengan wajah yang menunjukkan kegembiraan, kerelaan penuh kesopanan dan ketenangan. Jangan menampakkan sikap angkuh dan sombong.

  • Ilmu itu kehidupan hati daripada kebutaan, sinar penglihatan daripada kezaliman dan tenaga badan daripada kelemahan.

  • Yang paling besar di bumi ini bukan gunung dan lautan, melainkan hawa nafsu yang jika gagal dikendalikan kita akan menyesal selama-lamanya.

  • Kita tidak akan sanggup mengekang amarah dan hawa nafsu secara keseluruhan hingga tidak meninggalkan bekas apapun dalam diri kita. Namun jika mencoba untuk mengendalikan keduanya dengan cara latihan dan kesungguhan yang kuat, tentu kita akan bisa.

  • Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan.

  • Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, maka payah melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya.

  • Jadikan kematian itu hanya pada badan, kerana tempat tinggalmu ialah liang kubur, dan penghuni kubur sentiasa menanti kedatanganmu setiap masa.

  • Pelajari ilmu syariat untuk menunaikan segala perintah Allah SWT, dan juga ilmu akhirat yang dapat menjamin keselamatanmu di akhirat nanti.

  • Menuntut ilmu adalah taqwa. Menyampaikan ilmu adalah ibadah. Mengulang-ulang ilmu adalah zikir. Mencari ilmu adalah jihad.

  • Hiduplah sebagai mana yang kau sukai, tetapi ingat bahawasanya engkau akan mati. Cintailah pada sesiapa yang engkau kasihi, tetapi jangan lupa bahawasanya engkau akan berpisah dengannya. Dan buatlah apa yang engkau kehendaki, tetapi ketahuilah bahawasanya engkau akan menerima balasan yang setimpal dengannya.

  • Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru padaNya, kerana hakikatnya pada ketika itu engkau tidak mempunyai hati.

  • Jika berjumpa dengan kanak-kanak, doktrinkan pada hatimu bahwa kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa dari pada kita. Apabila bertemu dengan orang tua, doktrinkan pula dalam dirimu bahwa dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lebih lama beribadat dari pada kita.

  • Jika berjumpa dengan orang alim, katakan dalam hatimu bahwa dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui. Apabila melihat orang jahil, bisikkan dalam jiwamu bahwa mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui. Dan jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia darinya, kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

  • Kita tidak dapat mengakui bahwa setiap orang yang mengaku beragama itu pasti mempunyai segala sifat-sifat yang baik.

  • Ibu dari segala akhlak ialah tempat kebijaksanaan, keberanian, kesucian diri dan keadilan.

  • Nasehat itu mudah, yang sulit ialah menerimanya kerana ia pahit terasa kepada si hamba hawa nafsu, sebab barang yang terlarang sangat disukainya.

  • Lidah yang lepas dan hati yang tertutup dan penuh dengan kelalaian itu alamat kemalangan besar.

  • Jika nafsu itu tidak engkau kalahkan dengan jihad yang bersungguh-sungguh, maka sekali-kali hatimu tidak akan hidup dengan ma'rifat.

  • Jika sekiranya sekadar ilmu sahaja telah memadai bagimu, dan tidak ada lagi hajatmu kepada amal di belakang itu, tentulah seruan dari sisi Allah yang berbunyi: "Apakah ada yang memohon? Apakah ada yang meminta ampun? Dan apakah ada yang bertaubat?" Intinya itu akan percuma sahaja, tidak ada gunanya.

  • Janganlah engkau meyimpan harta benda melebihi dari apa yang dibutuhkan. Rasulullah bersabda: "Ya Allah, jadikanlah rizki keluarga Muhammad itu sekadar untuk mencukupi kebutuhan."

image

Sort:  

Congratulations! This post has been upvoted from the communal account, @minnowsupport, by alkaf from the Minnow Support Project. It's a witness project run by aggroed, ausbitbank, teamsteem, theprophet0, someguy123, neoxian, followbtcnews, and netuoso. The goal is to help Steemit grow by supporting Minnows. Please find us at the Peace, Abundance, and Liberty Network (PALnet) Discord Channel. It's a completely public and open space to all members of the Steemit community who voluntarily choose to be there.

If you would like to delegate to the Minnow Support Project you can do so by clicking on the following links: 50SP, 100SP, 250SP, 500SP, 1000SP, 5000SP.
Be sure to leave at least 50SP undelegated on your account.