Believe it or not - Based on true story

in #teammalaysia7 years ago (edited)

Hi stemian. Apa khabar semua. Hari ini saya ingin berkongsi sebuah kisah cerita seram. Kejadian ini benar-benar telah berlaku kepada sebuah keluarga yang tinggal di kampung dimana mereka telah diganggu oleh bunyi misteri tangisan bayi.

Ceritanya begini: Si isteri membawa lembunya pergi ke kebun, semasa dalam perjalanan tiba-tiba dia terdengar suara bayi menangis. Tangisan tersebut menyebabkan lembu itu tidak selesa lalu melarikan diri. Kemudian si isteri cuba mencari dari manakah punca tangisan bayi tersebut tetapi usahanya cuma sia-sia sahaja. Ia menyebabkan si isteri mula hairan pada masa yang sama dia merasa seram dan takut lalu dia pun segera balik ke rumahnya.

Apabila suaminya balik dari kerja, dia pun menceritakan kejadian aneh yang di alaminya pada hari tersebut. Pada mulanya si suami tidak mempercayai apa yang telah diberitahu oleh isterinya tetapi setelah ia sendiri yang mengalami kejadian aneh itu, dia segera menelefon kawan-kawannya.

Tanpa membuang masa si suami dan kawan-kawannya pergi ke tempat kejadian itu berlaku. Setelah sampai di sana, mereka mula menyiasat, tetapi mereka tidak menjumpai sesiapa di sana. Setelah berada lama disana, mereka pun bercadang hendak balik. Tiba-tiba mereka mula terdengar tangisan bayi yang agak nyaring. Suara bayi itu membawa mereka ke sebatang pokok kelapa yang sangat tinggi. Mereka hairan dan mula merasa tidak senang hati.

Setelah mendengar cadangan dari seorang kawan maka si suami bersetuju untuk meminta bantuan dari orang yang pakar untuk menyelesaikan misteri tersebut.




YouTube video: Published on Apr 11, 2017
We fear what we cannot see. Watch PAROKSH, the first short film from #DrishyamShorts. Starring Amit Sial, Pooja Upasana and Yateen Karyekar.


Siapakah empunya misteri tangisan bayi tersebut? Dapatkah misteri itu diselesaikan? Mari saksikan video pendek yang telah dilakonkan semula diilhamkan dari kisah benar itu....


Terima kasih kerana sudi membaca steemit blog saya.



Don't forget to check out my most recent steemit blog post. Thank you 😊

Sabah, North Borneo Steemit Meetup


Pengalaman saya di Steemit


Part 1: Apa yang perlu kita lakukan pada Mata Wang Crypto?


Adakah kita memang benar-benar ikhlas ketika memberi?


Aktiviti bersama dengan anak-anak di hujung minggu.


Sort:  

Hahaha... Sangat ngeri !! 😂😂😂😂😂 Hampir nagis2 saya ni.

Ya bah... Cerita benar yang menakutkan. 😂😂😂...

Potong steem betul.tapi booleh tahan cerita ni.moral disini jangan buat andaian disebabkan perasaan takut. Sampai termimpi mimpi Bini dia ketakutan.

Ya, sangat betul :)
😀😀

nie baru la.. seram habis habisan

Siok kan.. Hahahaa

Hahahaha silaka.... punya bikin suspen ni wayang!!!! Hahahaha

Hahaha... Bikin takut kan... 😂😂

Coin Marketplace

STEEM 0.17
TRX 0.15
JST 0.029
BTC 60836.32
ETH 2449.94
USDT 1.00
SBD 2.65