Larian Kool Kibabaiganz School Dash
Larian Kool Kibabaiganz School Dash ini dianjurkan oleh PIBG Sk. Kibabaig Penampang. Tujuannya adalah untuk mencari dana bagi pembaikpulih sekolah itu.
Saya dan @abellehera tiba di Komplek Sukan Penampang pada pukul 5:30am. Sesampai kami di sana, kami disuruh bekumpul di hadapan astaka untuk menari zumba. Senaman ringan sebelum memulakan larian sejauh 6km.
Jika anda lihat gambar diatas, itu adalah permandangan matahari terbit yang diambil dari Stadium Penampang. Ia sangat indah.
Tepat jam 6:00am, kami memulakan larian. Setelah belari sejauh 100km, saya mula penat 😂.... So, saya berjalan kaki sahaja.
Sepanjang jalan, saya sempat mengambil beberapa keping gambar yang menarik. Sila rujuk gambar dibawah.
Saya dan @abellehera tiba di Stadium Penampang pada pukul 7:30am.. Kami menghabiskan larian 6km dengan masa 1jam 30minit. Horeyyyy.....
Walaupun sakit kaki dan kepanasan, kami dapat menghabiskan larian itu. Kami sangat gembira dan bersyukur kerana tiada apa2 yang berlaku kepada kami sepanjang acara itu berlangsung. Saya amat berbangga dengan @abellehera kerana tidak berputus asa walaupun dia sudah penat.









Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness