Lepaskan saja, biarlah duka itu pergi...

in #teammalaysia6 years ago (edited)

Image source

Tanpa sebarang ribut dan badai, dengan sekelip mata sahaja anda telah ditikam dari belakang. Kadang kala anda tidak tahu mengapa anda tiba-tiba dikhianati.

Disinilah bermulanya ujian bagi anda. Adakah anda sedia untuk memaafkan mereka?

Kita selalu beranggapan bahawa memaafkan adalah sama seperti proses melupakan, padahal manusia tidak pernah melupakan. Sebenarnya, memaafkan bermakna bahawa kita telah melepaskan kesakitan yang telah kita tanggung. Setelah kita melepaskan, kita dapat membuka ruang kepada perkara yang lebih baik untuk hadir dalam kehidupan kita.

Image source: Canva application

Walaupun ia mengambil masa yang lama, tetapi inilah masa untuk melepaskan mereka. Memang sakit untuk berharap, tetapi lebih sakit jika tidak melepaskan. Ada banyak perkara dalam kehidupan yang berada di luar kawalan kita. Kadangkala, sesuatu perkara itu memerlukan kita untuk mengalah. Oleh itu carilah kebebasan anda dan bersedia untuk melihat ke depan.

Kadang-kadang tanpa disedari, anda telah berjaya melupakan mereka. Anda berhenti memikirkan mereka setiap hari. Anda berhenti membenarkan mereka mengambil begitu banyak ruang dalam hidup anda. Anda meneruskan kehidupan setiap hari tanpa perlu risau tentang mereka. Anda telah pasrah dan mereka tidak lagi menjadi sebahagian daripada kehidupan anda.

Anda hanya membiarkan mereka pergi dan meneruskan kehidupan masing-masing...

Mengenai saya.

Saya suka menulis erti kata-kata hikmah mengikut pemahaman dan pendapat saya. Saya mungkin orang yang tidak sempurna dan banyak kekurangannya tetapi saya bukan seorang yang mudah putus asa. Saya akan mencuba dan akan terus mencuba untuk melakukannya. Kerana bagi saya kegagalan itu hanyalah satu halangan dan saya pasti boleh menghadapi semuanya.

Untuk menghadapi halangan tersebut, saya akan mencari kata-kata hikmah yang sesuai dengan situasi itu. Kata-kata hikmah ini sedikit sebanyak dapat membantu, memberi semangat dan memberi motivasi kepada diri saya. Oleh itu, saya akan menulis erti kata-kata hikmah mengikut pemahaman dan pendapat saya untuk dikongsikan kepada semua steemian tidak kira dimana jua anda berada.

Sekian dan Terima Kasih.
Sort:  

Hai, hallo @arwine! Kami upvote dan resteem ke 7227 follower.. (Secuil kontribusi kami sebagai witness pada komunitas Steemit bahasa Indonesia.)

Bermanfaat......
Memang kata-kata hikmah bisa menjadi obat hati, dan lagi pula tidak ada obat lain untuj hati yang galau gundah gulana kecuali ssuatu yang punya hikmah

Keep it up

Sulit memang, dari sekolah memang di ajarkan untuk mengingat bukan melupakan..

You've been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness