AKU GEMUK TAPI MAHU NEKAD KACAK
DIET! DIET! DIET!
Celakanya, aku semakin hari semakin gemuk,setiap hari rakan kerjaku bersikap provokasi dijadikan aku bahan.
Aku rindu potongan badan aku yang umpama Tony Jaa (angan seribu angan) tapi sekarang mcm GAJAH.Terlintas di kepala otak aku untuk diet,tapi disebabkan kekuatan nafsu makan lagi hebat berbanding dengan usaha mahu kurus,aku selalu tewas.
Perhatian keras : Dilarang Muntah
Tapi tadi siang, isteri kesayanganku sudah mengadukan satu cara untuk diet SECARA malas! Ya, sukar untuk percaya benda MALAS TAPI BERJAYA ini wujud 100% berkesan. Ah!, bukan aku melahirkan promosi di sini cuma aku ingin melaung isi hati di dalam nukilan jahanam ini.
Teknik Diet Intermittent Fasting - nama yang menarik perhatian para pemalas diet di seluruh dunia. Walhal,bukan malas tapi sinonimnya, sibuk mencari helaian kertas untuk bekalan duniawi. Berbalik Teknik Diet Intermittent Fasting , tekun aku membaca, cuba untuk menafsirkan risalah dari banyak pelusuk internet, kata kunci diet ini adalah BERPUASA DAN TIDAK ADA GULA. Mengikut kebolehan kepala aku yang tidak seberapa pintar ini,diet ini memerlukan kita untuk berpuasa selama 16jam tetapi boleh meneguk air (berbeda dengan puasa orang islam) dan diperuntukkan masa selebihnya iaitu 8jam untuk makan. Aku berlagak pandai, aku anggap semua kaedah ini sebagai 16:8 , jadi kepala otak aku yang lembab ini mudah faham.
Jadi, dengan berbekal ilmu dan kefahaman yang agak sikit dengan semua ini, aku sinopsis kan diet ini sebagai diet berpuasa diizin minum selama 16 jam dan makan sesuka hati dalam masa 8jam bakinya.Terlintas soalan di kepala otak bahagian nafsu rakus aku tadi, makan selama 8jam? secara logiknya,makan sekali atau dua kali di antara 8jam tersebut. (bijak,soal dan jawab sendiri).
NEKAD!, mulai hari ini, aku akan mencuba sendiri Teknik Diet Intermittent Fasting ini . Dengan berat yang sangat hebat sekarang ni, 78kilogram! , aku mahu turunkan sebanyak yang boleh SECARA MALAS TAPI BERJAYA. Sekali lagi, aku menjadi pakar, mengikut rancangan hebat yang baru sahaja aku cipta. Difahamkan puasa selama 16jam untuk diet, jadi aku akan start berpuasa 8 pm - 12 pm (keesokan harinya).Lihat!!!, betapa bijaknya aku untuk berjaya diet secara malas tapi mengikut piawaian yang ditetapkan. HAHAHA! oh ya,baki 8jam adalah untuk makan,di sini aku akan manfaatkan dengan berhati hati untuk makan di antara jam 12pm-8pm dan akan smbg berpuasa selepas jam 8pm.
Teknik Diet Intermittent Fasting ini umpama anti gula. Glukosa sangat dilarang seperti minuman bergas,manis atau seumpamanya.Barulah diet ini nampak hasil yang mengoda. Dengan izin masa, aku juga mahu bersenam! haha
You've been upvoted by TeamMalaysia Community :-
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness