Steemit dahulu berbanding steemit sekarang
Hello rakan steemit semua 🙋🏻♂️
Post ini adalah post throwback yang mana saya baru bermula untuk menulis blog di platform ini.
Ianya amat rewarding kerana pada masa itu (2018), harga sbd (steem) disekitar RM 1 = 2.3 SBD! Mahal bukan? 🤩 dan masa itu semua berebut-rebut untuk mendapat keuntungan dengan menulis blog. Pada masa itu saya sudah lama menulis cuma di platform www.blogger.com sahaja.
Pada masa itu juga, tambahan lagi adanya bot yang boleh upvote post kita dan ini akan lebih earning lagi kerana ianya investment yang menguntungkan. Sebagai contoh, jika bot itu kita bayar 0.5SBD, pulangan upvote ke post kita boleh mencapai 1-1.5SBD! Untung tu! 👏😍
Tapi setelah nilai SBD jatuh pada tahun berikutnya, ramai yang tidak sudah berminat untuk menulis kerana nilai 1 SBD = RM 0.80 masa itu. Saya pun adalah antara orang yang meninggalkan platform ini.
Pada hari ini, saya kembali lagi untuk menulis kerana saya berfikiran adalah lebih baik saya terus menulis dan dibayar walaupun tidak mahal berbanding saya menulis di platform blogger yang langsung tidak memberikan saya sedikit bayaran pun. So, saya kembali 🤘😁
Apa-apa pun ini cuma perkongsian ringkas daripada saya dan harap dimasa akan datang, nilai SBD akan naik seperti dahulu dan dapat menarik balik orang ramai ke platform steemit. 🙋🏻♂️
selamat datang kembali
Terima kasih 🙋🏻♂️