Pencipta peta dunia
Byeditortanwir on DECEMBER 29, 2016
piri-reis-exhibition-2
Jika ditanya siapa penemu benua Amerika? Tentu jawapan yang terlintas adalah Christopher Columbus yang sangat terkenal sebagai pelaut / pelayar dan pedagang yang pertama kali menemui benua tersebut. Namun, apakah itu benar?
Pelbagai catatan sejarah dan penemuan-penemuan yang berhasil dikumpulkan oleh para sejarahwan terungkap bahawa telah ramai orang dari benua Eropah juga pernah sampai bersama hasil dagangan meraka ke benua tersebut. Banyak sejarahwan yang berdebat bahawa para pedagang dari negeri Chinalah yang pertama kali menjejakkan kakidi benua Uncle Sam tersebut pada abad ke-11.
Namun terlepas daripada bukti-bukti dan perdebatan yang panjang, tahukah anda bagaimana mereka menyeberangi lautan yang maha luas tersebut. Dari perjalanan mereka tersebut maka tersingkaplah peta-peta yang terus berevolusi berdasarkan pengamatan para pelaut yang turun temurun, dan untuk pertama kalinya peta dunia terlengkap dibuat pada tahun 1513.
Beliau adalah seorang pelaut bernama Piri Reis yang membuat para peneliti dan sejarahwan mengaguminya. Tidak hanya kagum dengan bagaimana hasil pemetaan tersebut dapat digambarkan, akan tetapi para ahli satelit sendiri pun merasa terkejut dengan model pemetaan yang dibuat oleh tokoh Muslim tersebut.
Walaupun lokasi yang tepat dari kelahirannya tidak diketahui, namun diyakini bahawa Piri Reis lahir di suatu tempat di wilayah Uthmaniyah Turki. Gurunya, Kamal Reis, awalnya adalah seorang pelaut, teapi kemudiannya dilantik sebagai Laksamana di laut Mediterranian.
Bahkan hasil perbandingan dengan fotografi dari angkasa luar yang dilakukan menggunakan satelit saat ini memiliki bentuk yang sangat mirip. Mulanya para sejarahwan tidak percaya akan bukti keberadaan peta tersebut. Di peta yang terlihat jelas hanyalah kawasan Laut Timur Tengah.
Sementara kawasan lainnya seperti benua Afrika dan Amerika sama sekali tergambar sangat berbeza. Setelah gambar hasil satelit Zaman moden ini dipadukan dengan peta kuno karya Muslimin berbangsa Turki tersebut sangat nyata kebenarannya bahawa gambar yang diilhamkan di atas kulit rusa berukuran 90×65 sentimeter tersebut benar-benar digambarkan lengkap dan cukup teliti. Para ahli satelit sendiri pun merasa terkejut dengan model pemetaan yang dibuat oleh tokoh Muslim tersebut.
Hal lain yang menakjubkan tentang peta Piri Reis ini adalah catatan tulisan tangan pada peta seperti iklim, haiwan-haiwannya, serta suku-suku di suatu wilayah. Piri menyebutkan pada catatannya, warna dari jenis bulu burung, bagaimana bulu-bulunya digunakan oleh suku setempat, dan burung-burung yang dimakan oleh orang-orang di sana.
Dalam catatannya pun, Piri Reis menyebutkan bahawa dunia tidak datar (padahal pada masa itu, masih memiliki pemahaman bahawa dunia itu datar). Petanya begitu sempurna dengan akurat tentang pantai-pantai Afrika, Asia dan Mediterranian.
Perkara yang masih misteri adalah dari peta Piri Reis ini mengenai peta Antartika di pesisir Amerika Selatan. Penggambaran peta Antartika ini begitu sempurna, jika dibandingkan dengan peta Antartika sekarang ini, dan ditemukan persamaannya antara peta Antartika Piri Reis dengan Peta Antartika Moden yang dibuat pada abad ke-20.
Hal ini membuat para ilmuwan bertanya-tanya. Begitu sempurna gambaran peta antartika Piri Reis, seolah-olah pada era Piri Reis hidup dan membuat peta itu, tidak ada ais sama sekali yang menutupi Antartika!
Piri Reis menggambarkan dan menuliskan catatan begitu akurat tentang kandungan tanah antartika, jenis tanah, mahluk yang hidup di dalamnya. Padahal saat ini, permukaan Antartika diselimuti oleh ais yang tebalnya mencapai 5 kilometer. Ilmuwan bertanya-tanya, daripada peta manakah ia memperoleh pengetahuan ini, atau daripada siapakah dia mendapatkan pengetahuan menakjubkan ini?
Mengingat teknologi ketika itu tidak memungkinkan manusia mampu menggali ais sedalam 5 km untuk mengetahui jenis tanahnya.
Penemuan kuno tersebut memberikan bukti bahawa memang ilmu kemajuan zaman dahulu sudah sangat maju dalam bidang astronomi. Tidak boleh disangkal tetapi bukti-bukti lain beserta keajaiban dunia yang ditinggalkan semasa pemerintahan masa lalu menunjukkan bahawa ilmuwan pada masa itu menguasai ilmu pengetahuan dengan sangat baik dan menyamai peralatan canggih yang dimiliki oleh manusia zaman moden ketika ini.
Meski sejarahwan masa sekarang tidak mengetahui bagaimana Piri Reis menggambarkan peta dunia tersebut dengan sangat menakjubkan, namun Piri Reis mengungkapkan semasa hidupnya bahawa peta tersebut berhasil dibuat dari penyatuan beberapa peta yang dibuat oleh para pelancong dari pelbagai negara. Ia menggunakan 34 sumber yang berbeza.
Karya tersebut berasal dari zaman Alexander sebanyak 20 peta, 8 peta daripada karya ahli geografi Muslim, 4 peta dari Portugis dan 1 peta daripada Columbus.
Piri Reis yang memiliki kesungguhan belajar yang tinggi, membuatnya memahami secara mendalam ilmu katografi (ilmu membuat peta) dan Geografi. Pada tahun 1513, Piri Reis menghasilkan buku pertamanya yang merupakan hadiah untuk Suleiman I, raja kerajaan Uthmaniyah ketika itu.
Buku tersebut dicetak sekali dalam hidupnya dan sekali setelah kematiannya. Pada tahun 1555, ketika Piri Reis berusia 90 tahun dan hidup di Mesir, ia dihukum pancung kerana tidak menyokong pemerintah Uthmaniyah.
Beberapa abad kemudian, iaitu abad ke-19, Menteri Pendidikan Turki mengarahkan Gustav Deissmann, seorang ahli teologi dari Jerman, untuk mengumpulkan semua barang-barang di Istana Topkapi, Istanbul, Turki. Ketika itulah ditemukan selonggok gulungan peta yang diyakini dihasilkan oleh Piri Reis.
Pada tahun 1929, salah satu peta tersebut dibawa keluar, dicuri oleh ahli teologi tersebut. Gustav Deissmann menghubungi ahli sejarah orientalis, yang kemudian memperakukan bahawa peta tersebut sebagai bahagian daripada peta dunia yang dihasilkan oleh Piri Reis.
Hi! I am a robot. I just upvoted you! I found similar content that readers might be interested in:
http://diariemma.blogspot.com/2012/10/pencipta-peta-dunia.html
I voted and signed for reciprocity)