Buah kabung / boh jok biasanya di gunakan untuk es
Buah pokok kabung dihasilkan dari pokok matang dengan buahnya akan kelihatan berjuntai-juntai pada tandan sepanjang 1.5 meter (5 kaki). Setiap tandan buah kabong mempunyai purata sebanyak 10 tangkai. Setiap tangkai terdapat lebih kurang 50 biji buah kabung.
Daging buah kabung biasanya menjadi bahan campuran dalam cendol, air batu campur dan hidangan lain. Kelembutan isinya seumpama gula-gula getah dan rasanya manis. Malah ia juga boleh diibarat seperti kurma Malaysia dan permintaan terhadapnya kini begitu tinggi sekali.