Bitdegree Pesaing Udemy yang menggunakan blockchain - #dq72

in #cryptocurrency5 years ago

Sebelum ini saya ada review tentang Appics yang system nya seakan Instagram. Dan apa yang membezakan mereka adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu blockchain.

Sila baca di bawah...


||Home||

|Website|Twitter|Facebook|Telegram|Tumblr| Tradingview|



Appics merupakan laman media sosial yang berasaskan blockchain. Pada kali ini saya ingin menceritakan sedikit berkenaan dengan bitdegree iaitu sebuah online platform untuk sesuatu pembelajaran.

Apakah Bitdegree?

bitdegree ni adalah merupakan suatu decentralize application yang mengfokuskan kepada online course seperti Udemy, coursera dan pembelajaran online lain.

BitDegree menggunakan syarikat yang ingin mengupah pekerja untuk membantu membiayai kursus online untuk pekerja.

Sebagai contoh sebuah syarikat xxxx sedang mencari pekerja dalam bidang developer blockchain. Syarikat ini kemudiannya akan membiayai kursus semasa bekerjasama dengan BitDegree dengan komprehensif.

Bitdegree bermula pada august 2017 dan mula melancarkan ICO pada akhir december 2017. Bitdegree merupakan sebuah ethereum token erc20. Sedikit detail berkenaan dengan bitdegree daripada coinmarketcap. rank 1236 pada 7 december 2018.

Antara kursus yang terdapat dalam bitdegree.

Bagaimana BitDegree berfungsi?

Syarikat-syarikat memberi insentif kepada orang yang mengambil bahagian dalam kursus latihan yang ditawarkan oleh BitDegree untuk mempelajari teknologi atau perkhidmatan baru. Dengan memberi insentif, syarikat-syarikat secara jelas menandakan permintaan untuk kelayakan tertentu dan memaklumkan tentang kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan teknologi atau perkhidmatan yang baru diperkenalkan dengan berkesan. Dengan menangkap isyarat ini, pelajar akan membangunkan kemahiran dan pengetahuan untuk menggunakan teknologi in-demand baru dalam industri. Pencari kerja mengambil bahagian dalam kursus bersubsidi untuk membangunkan kemahiran maju dalam teknologi terpilih.

Syarikat yang menyediakan insentif kepada pelajar yang mendaftar dalam kursus bersubsidi dan akan menawarkan pekerjaan kepada pelajar yang perform dengan baik.

Pelajar adalah Incentive taker sementara Incentive Creator kebiasaan terdiri daripada majikan, penyedia perkhidmatan digital, institusi kerajaan atau rakyat biasa. Incentive Creator akan menentukan jumlah maksimum pemohon, tarikh dan masa kursus pendaftaran, dan berapa lama insentif yang disediakan untuk para pelajar yang mendaftar. Mereka akan membayar dengan menggunakan teknologi Smart Contract, ethereum.

Dan apabila ia datang kepada BitDegree, smart-incentive smart contract menerima bukti pengesahan usaha kajian dari BitDegree dan isu-isu pembayaran untuk pengesahan dan pembolehan usaha kajian.

Untuk pemahaman yang lebih ringkas, lihat gambarajah di bawah.

Platform ini telah mendapat rangkaian sokongan melalui lembaga penasihatnya. CO – Founder Electronic Arts , Jeff Burton iaitu leading game pc, mobile phone, dan xbox telah mengambil tempat sebagai Badan Penasihat Bitdegree.

![]()

kelebihan

Disini contoh content atau course yang terkandung di dalam bitdegree. boleh play dan juga boleh download attachment bergantung kepada tutor.

Bitdegree juga akan memberi sijil kepada siapa yang telah berjaya menghabiskan kursus yang diambil. pada hemat kita, mungkin tidak berguna jika course itu sekadar course yang biasa. Tetapi ia mungkin membantu jika course yang diambil itu berbentuk teknikal yang sememangnya digunapakai untuk suatu pekerjaan. sebagai contoh, kursus programming seperti javascrypt atau PHP yang sangat teknikal sudah tentu membantu para programmer ketika menjual diri dalam sesi interview.

Untuk siapa bitdegree

Di dalam bitdegree samaada kamu ada kemahiran dan ingin menjadi guru atau belajar di dalam bitdegree mengikut course yang anda kehendaki. Buat masa sekarang bitdegree banyak menyediakan course khusus untuk para programmer menambah skill dalam bidang IT dan juga cryptocurrency.

Bitdegree giat melancarkan program marketing mereka. antaranya adalah.

  • Freecourse
  • discount course
  • Diskaun untuk pengguna yang menggunakan token BDG
  • Affiliate

Freecourse & diskaun

Tidak kurang hebatnya bitdegree ini, mereka juga banyak menyediakan freecourse yang pada hemat saya berbaloi2 untuk kita belajar walaupun ianya free.

contoh course Free untuk tarik follower dalam twitter.

affaliate

Didalam affilate bitdegree sangat menarik yang memberikan anda peluang untuk memperomosikan setiap course yang dikeluarkan. dengan dashboard nya yang sangat interactive.

Kekurangan

masih lagi dalam peringkat Beta.
course dan guru masih lagi belum meluas. untuk ini hanya masa dan marketing sahaja yang menentukan. kerana didalam dunia online course yang lain seperti udemy sudah ada guru yang mengajar, dan sudah pasti mereka akan cuba untuk mempelbagaikan sumber meraka. Disamping system affiliasi yang mampu mempercepatkan marketing.

#

Melawat Laman web utama disini

Nota kecil : guna promo code ini untuk dapat discount 15%

> promocode: 777DOQSUI

Coin Marketplace

STEEM 0.30
TRX 0.12
JST 0.032
BTC 61660.23
ETH 3056.45
USDT 1.00
SBD 3.82