Bahasa Malaysia version FAQ (ONO White Paper, 1 - 25) & Bonus Questions No. 9, 10 & 11.
I would like to thank my friends, @ghulammujtaba and @ashleykalila for coming up with the first version in Engish few days ago.
So I thought I would do a Bahasa Malaysia version for my Malaysian friends who may want to understand the white paper in language they are familiar with.
If you have any questions, do leave them below so I can assist to get the answer for you.
So here it goes!
Soalan Lazim versi Bahasa Malaysia (Kertas Putih ONO, 1 - 25) & soalan Bonus No. 9, 10 & 11.
Artikel ini telah di terjemahkan pada kali pertama dari ONO - Frequently Asked Questions - Page 1 - 25 oleh @ghulammujtaba dan @ashleykalila ke dalam bahasa Inggeris. Semua soalan-soalan lazim ini adalah inisiatif bersama rakan kongsi bersama ONO.
Saya juga telah memasukkan tiga soalan bonus yang tidak ada dalam FAQ bahasa Inggeris ke dalam artikel ini (soalan 9 hingga 11).
1. Apakah itu ONO?
ONO adalah rangkaian sosial yang berdasarkan teknologi blockchain yang memberi tumpuan kepada nilai perhatian dan menawarkan platform sosial yang bebas dan desentralisasi kepada pengguna generasi baru. ONO adalah DApp Sosial yang pertama didunia yang dipandu oleh EOS.
2. Apakah maksud ONO?
ONO bererti banyak perkara termasuklah "kenali diri sendiri". Logo ONO adalah simbol kebebasan.
3. Apakah falsafah di sebalik ONO?
ONO percaya kepada nilai perhatian. Sehubungan dengan ONO, terdapat banyak aktiviti sosial manusia berharga dalam ekosistem media sosial dan ONO mengiktiraf nilai yang wujud dari segi penawaran dan permintaan tenaga kognitif dan sosial manusia. ONO percaya bahawa semua manusia adalah dilahirkan sama taraf. Oleh itu cara untuk mendapatkan ganjaran dan mendapatkan perhatian dalam platform sosial juga perlu sama.
4. Adakah ONO salah satu calon pengeluar Blok EOS juga?
Ya, ONO juga merupakan calon produksi Blok EOS dan mempunyai visi jangka masa panjang untuk membantu mengembangkan ekosistem EOS dengan cara yang mampan dan sihat.
5. Siapakah pengasas ONO?
Ke Xu adalah pemilik dan juga pengasas ONO.
6. Mengenali Ke Xu dengan lebih lanjut lagi
Ke Xu adalah lulusan ijazah Sarjana Muda dari Sekolah Bahasa Asing Nanjing, University of California, Riverside (UCR), Coventry University (CU) dan University College London (UCL) di United Kingdom. Beliau memulakan kerjaya keusahawanannya dan menjadi komited dalam penyelidikan dan amalan bidang media digital, budaya, hiburan, dan rangkaian sosial. Pada tahun 2014, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat yang melancarkan dan mengendalikan aplikasi rangkaian sosial yang dipanggil ERA, yang berdasarkan penggunaan kognitif. Transaksi bulanan ERA adalah lebih dari 8 juta dan sangat berjaya pada masa itu. Kemudian, dia terus membuat dan mengendalikan permainan crypto-collectible iaitu CryptoDogs, permainan yang berasaskan blockchain di pasaran China. CryptoDogs mencipta jumlah pembelian anjing perliharaan alam maya (virtual) yang mengejutkan dengan penjualan ribuan ETHs pada hari pertama. Ia telah dilaburkan oleh institusi berprofil tinggi seperti Fusheng (Ketua Pegawai Eksekutif NYSE: CMCM) dan China Growth Capital dan lain-lain Ketua Pegawai Eksekutif yang terkenal.
7. Apakah jenis pembayaran yang akan saya perolehi and bilakah saya mendapat ganjaran untuk setiap penyertaan kandungan (content) saya di platform ONO?
Jenis pembayaran yang anda akan perolehi adalah token ONOT dan anda akan mendapat ganjaran ini selepas 24 jam. Setiap pembayaran token ONOT akan anda perolehi setiap kitaran 24 jam (sehari).
8. Adakah terdapat tempoh tamat penyertaan kandungan saya yang saya kongsikan pada platform ONO?
Tidak ada tamat tempoh, anda boleh mendapat ganjaran dari memuat naikkan kandungan yang dikongsi anda walaupun selepas sebulan ataupun setahun.
SOALAN BONUS (9 hingga 11)
9. Mengapakah saya patut jadi sebahagian dari ahli platform ONO?
Mengapa tidak? Sekiranya anda tidak pernah mendapat apa-apa ganjaran ketika berada di mana mana platform social media walaupun anda ada ramai kawan dan aktif, kini ada boleh di platform ONO!
10. Adakah keahlian platform ONO percuma?
Ya. Keahlian adalah percuma.
11. Apakah jenis kandungan yang boleh saya muat naikkan di Platform ONO?
Anda boleh memuat naikkan status anda seperti dalam media sosial Facebook (terhad untuk 400 perkataan sahaja), gambar dan juga video. Ada juga boleh melawat profil rakan-rakan anda dan meninggalkan komen untuk mereka. Setiap aktiviti ada akan memperolehi token ONOT.
12. Apakah bahasa-bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk membina ONO?
Juru IT mahir ONO menggunakan program Java, Erlang, Node.js, Native dan H5.
13. Adakah token ONOT boleh didapati atau dibeli di pasaran?
Tidak, token ONOT belum lagi berada di pasaran kerana ia masih berada didalam peringkat ERC20. Namun begitu ia akan dipindahkan ke blok EOS dalam perlancarannya yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun ini.
14. Saya menerima beberapa token ONOT daripada Candy Box, di manakah saya boleh menyimpannya?
Anda boleh menyimpan token ONOT anda di dompet imToken.
15. Adakah terdapat pemberian percuma (airdrop) untuk token ONOT?
Tidak ada untuk masa ini, sebarang pemberian kami akan mengumumkannya secara rasmi dalam semua saluran sosial kami.
16. Dimana dan bagaimanakah saya boleh mendapatkan token ONOT?
Anda boleh mendapatkan token ONOT dalam pelbagai cara.
Jika mana-mana pengguna mengeluarkan apa-apa kandungan berkualiti tinggi, ONO secara automatik akan mengagihkan keuntungan melalui algoritma POC dan pengguna boleh mendapatkan ONOT secara langsung.
Anda boleh mendapatkan token ONOT daripada pengiklan yang ingin mengiklankan produk / perkhidmatan mereka pada kandungan / halaman anda.
Pemindahan / Hadiah dari rakan anda.
Kaedah lain akan ditambah pada masa akan datang.
17. Adakah terdapat ciri sembang (chat) di platform ONO?
Ya, sistem sembang adalah fungsi platform ONO yang paling asas.
18. Bagaimanakah sistem reputasi berfungsi di platform ONO?
Jika kandungan dikeluarkan pengguna itu disukai, pengguna lain akan menyiarkan semula, mengulas dan berkongsi, oleh itu reputasi pengguna itu akan naik; jika tidak (pasif), reputasi pengguna akan turun. Reputasi berfluktuasi mengikut kualiti kandungan yang dikeluarkan oleh pengguna. Kandungan yang dikeluarkan oleh pengguna dengan reputasi tertinggi akan dimasukkan ke dalam zon yang disyorkan. Apabila reputasi pengguna jatuh secara dramatik, semua kandungan yang dikeluarkan oleh pengguna ini akan turun ke bawah dan orang lain tidak akan dapat melihat kandungan tersebut.
19. Apakah itu Kotak Saya (My Box)?
Kotak Saya adalah kedai aplikasi platform ONO. Platform ONO menyokong pemaju (developer) pihak ketiga untuk mengambil bahagian dalam dan membangunkan pelbagai jenis Dapps, aplikasi kaya dan sebilangan kecil permainan dan sebagainya .
20. Bagaimanakah pengguna boleh membeli permainan / aplikasi dari Kotak Saya?
Pengguna boleh menggunakan token ONOT mereka untuk membeli barangan maya (Permainan, Aplikasi dan lain-lain) dari Kotak Saya.
21. Adakah terdapat sebarang caj yang perlu dibayar oleh pemaju (developer) untuk menggunakan sokongan rangkaian ONO?
Pada tahun pertama, ONO tidak akan mengenakan yuran pengedaran; namun begitu yuran pengagihan akan meningkat secara progresif dalam empat tahun ke depan dari 5% hingga 25% dan kemudian ditetapkan kepada 20%, yang jauh lebih rendah daripada tahap purata dalam industri setaraf.
22. Apakah ada kos untuk tidak menyukai kandungan/muatan seseorang?
Setiap aktiviti tidak suka (thumbs down) akan dikenakan bayaran satu token ONOT. Perlu diketahui, harga token ONOT untuk fungsi ‘tidak suka’ akan turun naik. ##
23. Adakah saya perlu belajar teknologi blockchain sebelum menggunakan platform ONO?
Tidak perlu kerana ia adalah untuk semua orang yang tidak tahu atau faham dengan teknologi blockchain. Ia direka untuk pengguna setiap hari, dan bagi orang-orang yang tidak pernah mengalami teknologi blockchain sebelum ini.
24. Bolehkah saya menyembunyikan kandungan saya dari orang yang tidak berada dalam senarai rakan saya?
Ya boleh, kandungan yang disiarkan oleh pengguna boleh ditetapkan sebagai kandungan peribadi, kandungan terbuka atau kandungan yang hanya dapat dilihat oleh rakan-rakan.
25. Apakah itu Kisah Saya (My Story)?
Kisah saya adalah modul untuk pengguna untuk menaik muat kandungan/status mereka atas platform ONO seperti Facebook. Pencipta kandungan dan rakan-rakan pencipta dapat memperibadikan operasi termasuk: Memuat turun status, Fokus pada Kawan, Semak Kisah Kawan, Menyiar semula (repost), Balas, Simpan, Tidak suka, Menyukai dan Ganjaran.
26. Siapakah yang boleh memadamkan kandungan pengguna?
Tiada siapa yang boleh memadamkannya kecuali pencipta itu sendiri atau sekiranya pencipta itu bersikap kurang sopan dan tidak menghormati undang-undang ONO, admin tertentu ONO berhak menutup akaun tersebut.
27. Di manakah kandungan yang dihasilkan oleh pengguna itu disimpan?
Kandungan yang disiarkan oleh semua pengguna dicatatkan dalam blok ONO. Ini menjamin bahawa kandungannya boleh dikesan, tidak berubah dan tidak dapat diubah. Semua kandungan dalam ONO akan di sembunyikan
28. Adakah data sembang saya akan disimpan di pelayan ONO?
Tidak, ONO tidak akan menyimpan apa-apa kandungan sembang. Data perbualan disimpan sementara semasa menghantar. Apabila data sembang dibaca oleh penerima, kandungan sembang akan dihancurkan selama-lamanya. Kandungan sembang hanya akan disimpan di terminal tempatan dua nod, iaitu antara penghantar dan penerima.
29. Bagaimanakah kita boleh menambah kawan di atas platform ONO?
Pengguna boleh menambah rakan melalui cadangan rawak, mencari akaun, mencari nama panggilan, mengimbas kod QR, mengimport buku alamat dan menyemak orang-orang sekitar dan sebagainya.
30. Apakah jenis kandungan yang boleh saya kongsikan di ONO?
Pada masa ini, ONO boleh menyokong media berikut: perkataan, fail audio, imej, kedudukan dan pautan; dan seterusnya, ia akan menyokong teks, video, dan siaran langsung secara terbuka (live videos) dan sebagainya.
31. Apakah fungsi lain yang ada selain berkongsi kandungan?
Fungsi interaktif ONO terutamanya termasuk Balas, Menyiar semula (Repost), Suka, Tidak suka, Simpan, Ganjaran, Lihat status Kawan, Jangan Lihat kandungan (Post), dan Perkongsian di Laman Web dan di luar Laman Web .
32. Bagaimana kandungan saya akan terpengaruh dengan tidak suka?
Tidak suka akan mempengaruhi pengedaran dan ganjaran kandungan. Kandungan dengan banyak tidak suka akan runtuh, supaya orang lain tidak perlu melihatnya.
33. Bolehkah saya memberi tip kepada penulis untuk kandungannya (content)?
Ya, mana-mana pengguna boleh memberi tip ONOT token di mana-mana kandungan sebagai insentif kepada pencipta kandungan itu.
34. Saya berkongsi kandungan saya pada aplikasi / platform yang lain, adakah kandungan itu dikira juga?
Ya, paparan halaman dari platform lain juga akan dikira dalam platform ONO.
35. Apakah bahagian Explorasi (My Exploration) saya?
Eksplorasi saya adalah modul untuk pengguna untuk menyiarkan cerita kepada orang ramai. Mana-mana pengguna boleh melihat kandungan yang dikeluarkan oleh mana-mana pengguna lain dalam bahagian My Exploration.
36. Siapakah yang boleh membangunkan aplikasi di Kotak Saya (My Box)?
Pasukan ONO dan pemaju pihak ketiga boleh membangunkan aplikasi berdasarkan Platform Terbuka ONO.
37. Apakah itu referendum di ONO?
Referendum adalah pungutan suara yang mana akan menjadi tempat di mana seseorang boleh mendapatkan soalan dan jawapan kepada perkara-perkara penting, termasuklah perkara-perkara seperti kumpulan undi, pelaksanaan cadangan agensi, cadangan, pengundian, sokongan menang, pengundian oleh semua orang, keputusan penerbitan, belanjawan, penjanaan dana, pembukaan terbuka dan penyeliaan tindakan eksekutif dan sebagainya.
Sekiranya anda ada soalan-soalan yang lain, sila tinggalkan dibawah di dalam ruang jawapan (reply).
Pautan Rasmi ONO (ONO Official Links)
Official website: https://www.ono.chat
Telegram Chinese: https://t.me/ONOCN
Telegram English: https://t.me/ONOUS
Russian ONO: https://t.me/ONORU
Sina Weibo: https://weibo.com/ONOofficial
WeChat official account: onogogo
Twitter:https://twitter.com/onosocial
Medium: https://medium.com/@ONOsocial
Steemit: https://steemit.com/@onosocial
Facebook: https://www.facebook.com/onosocial/
Reddit: https://www.reddit.com/user/onosocial
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UC7M5sz5EjUvOg2sMP6BEncg
Something About Angiechin28
Angie Chin is a Mom with a mission and founder of WonderWomen.Asia, the first online portal in Malaysia that connects Women to affordable online learning, community activities, shareable contents, events, jobs and go-to market opportunities. At home, she’s a mommy to a 10 year old daughter, 6 furbabies + a grown babe. She loves travelling, cooking, exploring new food, reading and watching re-runs on Youtube.
Regularly posting up her ramblings and sharing contents (current favorites are Facebook & Instagram and soon ONO!), she loves Steemit & ONO for rewarding users with cryptos by just creating and posting up contents, even by liking, voting or commenting other people’s contents!
Life tagline (for now): Never be afraid to try anything once!
Follow @mywomen aka SteemitBabes (if you’d like to be part of a Women’s group so we can resteem good contents from you).
Drop her a note at wonderwomenasia@gmail.com
@zublizainordin kata pada keseluruhannya terjemahan yang bagus @angiechin28 #angiechin28 syabas dan teruskan usaha murni Anda, sokongan #zublizainordin
Thanks, please resteem and share with others.
@originalworks
Good initiative @angiechin28
Hahaha so cute @esdee! Do get your friends to join our FB group at https://www.facebook.com/groups/176756496487089/?ref=bookmarks
https://steemit.com/life/@kinaabderrahmane/we-are-all-aminguy
Good job, @angiechin28 I guess there are many people from Malaysia and your post will help them understand ONO better!
Thanks :)
Yes this will be useful later for outreach 😊😊