Faedah aktiviti perkhemahan kepada pelajar.

in #teammalaysia7 years ago (edited)


Sumber

Kegiatan kokurikulum memberi faedah yang banyak kepada para pelajar. Salah satu aktivit kokurikulum itu ialah aktiviti perkhemahan.

Melalui kegiatan perkhemahan, para pelajar akan diajar untuk berdikari dimana mereka akan diajar memasak, membasuh, mencari sumber kayu api, dan sebagainya. Selain itu disiplin turut dapat dibentuk melalui kegiatan perkhemahan.

Semangat gotong-royong dapat dibentuk semasa kegiatan perkhemahan iaitu mereka akan bekerjasama membuat sesuatu perkara dalam kumpulan. Semua ahli akan dilatih untuk mengamalkan prinsip berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Selain itu persefahaman turut terbentuk dalam diri para pelajar.

Sikap bertanggungjawab turut disemai dalam diri para pelajar. Semasa perkhemahan, para pelajar akan memastikan kawasan yang digunakan itu dibersihkan selepas digunakan. Sememangnya banyak faedah yang dapat diperolehi melalui kegiatan perkhemahan.

Kesimpulan:

Aktiviti perkhemahan dapat membentuk para pelajar untuk menjadi seseorang yang lebih berdisiplin dan bertanggungjawab.



Siapakah kami?

Kami ialah Amber dan Grace. Kami ialah pelajar sekolah menengah. Ini ialah hp kakak kami. Kami akan menulis karangan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa English di blog ini. Dengan cara ini kami dapat memperbaiki mutu karangan, disamping itu kami akan mendapat extra duit untuk membeli sebuah komputer atau laptop.

Sebagai seorang pelajar, komputer amatlah diperlukan untuk menyiapkan kerja sekolah atau projek. Kami harap impian untuk mendapatkan sebuah komputer dapat dicapai melalui penulisan di Steemit.

Terima kasih kerana membaca karangan kami dan menyokong kami di sini. Terima kasih ☺.

Yang benar,
Amber & Grace

Sort:  

Terima kasih kerana menggunakan tag #bm, jom sertai Discord Steem Bahasa untuk dapat sokongan upvote dari Steem Bahasa. https://discord.gg/Uu6gugE

Tanpa sokongan anda komuniti bahasa malaysia tidak dapat memberi nilai upvote yang tinggi

Saya suka camping. Next time kita buat camping di kawasan rumah odu lah...🤔🤗