"Sebab Mulut"
Assalamualaikum wbt sahabat teman steemit. Hari ini saya ingin mengupas isu "Mulut Yang Suka Menjatuhkan Teman Sendiri" dari sudut pandangan saya. Apa yang sedia maklum tentang masyarakat mahupun sahabat. Benda ini tidak dapat dinafikan atau diperkatakan oleh kalangan kita semua.
Sebagai manusia sememangnya tidak dapat lari. Adakala perbincangan juga disalahertikan sehingga munculnya pergaduhan. Apabila kadangkala kita meletakkan diri kita sebagai faktor ketua, isu kuasa mengambil alih dalam sesuatu hal. Apabila jiwa yang kotor mulai bersarang dihati, maka timbullah istilah "Mulut Yang Suka Menjatuhkan Teman Sendiri".
Pernah juga kita sering dengar istilah "Tikam belakang?", dan "Depan baik belakang kutuk". Ini fenomena-fenomena remaja sekarang. Dan istilah perkataan yang tergeliat meremangkan bulu roma dan juga mengelikan bagi sesiapa yang mendengar tanpa memikirkan perasaan orang lain. Namun ada juga yang menjadi batu api demi merosakkan sesuatu hubungan persahabatan.
Ini yang terjadi apabila agama menjadi mainan mulut namun tidak dipraktikkan dengan amalan kebaikan. Kuasa memerintah suatu organisasi diri dan juga orang lain akan menjadi permainan dalam arus kemodenan sehingga hilangnya moral-moral akhlak dan keperibadian diri. Kemunculan kezaliman yang bersembunyi disebalik topeng peribadi yang baik. Baik lelaki mahupun perempuan.
Kewujudan sikap ingin memenangkan diri sendiri, telah merosakkan perpecahan diri dan rakan-rakan. Tanpa menghormati privasi masing-masing dan pendapat sendiri. Sedia kita maklum bahawa setiap manusia diberikan kelebihan dan kelemahan sendiri. Sikap orang kita bukan menaikkan sahabat, malah dalam diam menjatuhkan sahabat dan maruah sahabat demi kepentingan diri sendiri.
Peradaban era kini akhlak semakin merosot. Yang harus diperbaiki ialah mengajak bukan sekadar berkata-kata. "Pegang tangan lalu tuntunlah ke arah kebaikan". Maka fikir-fikirkanlah.
Terima Kasih
Nor Wahida Shaari
@nredwo84