APPICS Pesaing Instagram Dalam dunia Blockchain - #dq64

in #cryptocurrency6 years ago (edited)

Appic boleh dikatakan the next generation untuk social media app. Jika steemit boleh saya katakan sebagai blog seperti medium, blogger, reddit dan sebagainya. Appic ini boleh saya katakan sebagai kembar instagram tetapi versi yang upgrade atau lebih kepada ciri-ciri yang ada blockchain.

Sila baca di bawah...


||Home||

|Website|Twitter|Facebook|Telegram|Tumblr| Tradingview|



Apakah itu Appics Dalam Dunia Blockchain

Pengguna yang menghabiskan masa dan kreativiti mereka untuk membuat posting pada kandungan adalah sumber pendapatan untuk mana-mana platform sosial.

Konsep ini membincangkan beberapa masalah teras yang dihadapi oleh sosial network disebabkan oleh pergantungan terhadap pengiklanan dan juga masalah yang melibatkan blockchain lain. APPICS bukan sahaja sekadar aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna monetize(meraih keuntungan) posting mereka malah secara tidak langsung akan memperkenalkan lagi industri blockchain dalam dunia social media.

pada hemat saya, Appics ini sangat menarik dan agak berbeza dari system social media blockchain yang lain. Jika tuan puan pernah mengikuti tulisan saya, tuan – tuan pasti pernah terbaca berkenaan dtube, busy.org dimana web ini menggunakan steemit sebagai medium mereka untuk membolehkan user seperti kita meraih keuntungan.

dtube dan juga busy.org menggunakan secara langsung blockchain steemit. dimana accountnya sama sebiji dengan account di steemit dan juga apabila anda posting di dtube, akan muncul juga di steemit.com.

Terbaiknya Appics

Appics menggunakan tokennya sendiri tidak seperti dtube . Jadi reward yang diperoleh oleh pengguna Appics adalah melalui token XAP. Buat pengetahuan tuan puan juga, APPICS ini merupakan meta-token daripada Smart Media Token (SMT) yang berasaskan steem blockchain. boleh baca whitepaper mereka dimana semua boleh membuat coin sendiri base on social media.

pada hemat saya juga, Appics ini boleh success kerana hadirnya supporter daripada steemit inc yang mana steemit pun tidak akan sia-siakan project SMT mereka.

roadmap

Appics juga untuk Peniaga dan Usahawan

APPICS mempunyai ciri-ciri kedai yang membolehkan pemilik perniagaan dan pengguna disahkan untuk mengintegrasikan perniagaan mereka terus ke dalam profil media sosial mereka. Pengguna lain boleh membeli barang secara langsung dengan tokennya – tanpa perlu menukarnya ke dalam mata wang fiat. Kedai ini membolehkan perniagaan dan jenama menjadi satu dan makanan boleh dibeli secara langsung tanpa perlu menghubungkan beberapa akaun atau mana- mana laman web lain.

Pemilik kedai boleh memuat naik item secara terus ke dalam aplikasi dan menghubungkan ke dalam Kedai mereka. Sistem kedai adalah dalam keadaan decentralize sepenuhnya dan setiap urus niaga akan didaftarkan pada blockchain. Sebuah system yang sangat telus. Tetapi ini semua dalam perancangan lagi, saya juga tidak dapat review sejauh mana kebolehan Appics ini.

Macam mana dengan update gambar boleh jana income?

Setiap kategori mempunyai wakil dalam bidang, pengguna media sosial berpengalaman yang telah membina reputasi dan penonton di platform media sosial juga dikenali sebagai influencer atau orang berpengaruh.

votes daripada influencer akan mempunyai berat yang besar kerana dana beku yang dimasukkan ke dalam wallet mereka. Mereka akan dapat menilai kandungan dan memberikan nasihat dalam kategori khusus mereka dan bertindak sebagai moderator, menapis kandungan bermutu, serta membawa audiens kedalam dunia APPICS dan membolehkan pengikut mereka mendapat manfaat secara serentak di antara kedua-dua pihak.

Pada Appics tidak semua “Like” adalah sama. Lebih banyak duit syiling APPICS oleh pemegang akaun, semakin tinggi tahap pengaruhnya dan seterusnya meningkatkan nilai pemberat terhadap vote ataupun like itu. Jadi dengan erti kata lain,

“Lebih banyak anda simpan APPICS(XAP) dalam akaun, semakin Besar nilai vote @ like anda”

Tidak seperti di mana-mana laman media sosial popular yang lain,di mana 100% daripada nilai yang dicipta pergi kepada para pemegang saham, APPICS bertujuan untuk mewujudkan rangkaian sosial di mana keuntungan dapat diagihkan di kalangan semua pihak yang memberi sumbangan secara adil. APPICS memberikan 65% kepada pencipta kandungan (content creator) dan 25% kepada orang yang “like” kandungan dan berinteraksi di platform. Baki 10% akan pergi ke arah kemajuan network dan juga platform. Beruntunglah anda jika anda adalah seorang Influencer.

Akhir kata dari saya. Tunggulah sehingga App itu untuk available di google playstore dan juga App store dalam iphone. Kelebihan yang ada pada Aplikasi ini adalah dia dibangunkan oleh steemit Inc yang telah berjaya membuktikan kejayaan media sosial menggunakan teknologi blockchain. Sama-sama kita tunggu pada Quarter ke 4 2018 nanti mampukah mereka membuktikan teknologi yang ada pada Bitcoin ini merubah struktur media sosial secara global.


terimakasihgif-steemit.gif

"doqspro - Media Bitcoin & Cryptocurrency di Malaysia"

Sort:  

You got a 4.69% upvote from @postpromoter courtesy of @doqspro!

Want to promote your posts too? Check out the Steem Bot Tracker website for more info. If you would like to support the development of @postpromoter and the bot tracker please vote for @yabapmatt for witness!