Melihat dinding
Melihat dinding
kosong, sunyi, sepi
Sebuah lantera hati tidak mahu menyala
Di dalamnya tersekat debu-debu masa silam
Aku terkapai-kapai di dalam kegelapan
Mencari kalau ada pelita barang secebis
Biar dihamparkan sedikit cahaya buat suluhan
Agar bisa ku jatahkan bulan di dinding kosong itu
Agar nanti lantera atau pelita tak ku perlukan lagi
Kakiku tersadung
Jatuh
Lantas tersentak
Lalu tersedar
Dan berfikir sejenak
Aku bukan Tuhan
Mana mungkin bulan yang kujatahkan ke dinding mampu menghadiahkan cahaya
Namun Tuhan berikan aku secebis akal
Untuk berfikir bagaimana menyalakan semula lantera
Atau paling tidak mengubah pelita menjadi lampu
Noah, July 2, 2018