Bahagia apabila memaafkan

in #life7 years ago (edited)

E466C789-AE8C-4A47-B768-9CDA6DA21131-3734-000005A25FDEBC21.png

Sekali pandang orangnya, dia kelihatan seperti tiada masalah kerana wajahnya sering mempamerkan senyuman dan dihiasi gelak tawa yang meriuhkan.

Tetapi tiada siapa mengetahui bagaimana dia dapat menggunakan topeng-topeng ajaib itu kerana dia sendiri berhabisan mengawal bolak balik perasaannya, kerana semua itu hanya diceritakan pada saya, salah seorang kakak yang rapat dengannya.

Bermula dengan berjauhan dari suami semasa mengandung, dan diberhentikan kerja pada masa yang sama, sedangkan pada waktu itu dialah tunggak yang diharapkan bagi menjaga kedua ibu bapa, seorang adik dan seorang anak buah yang sedang meningkat remaja kerana kami berada jauh pada waktu itu. Bergelut dengan suasana ekonomi yang tidak stabil, menyebabkan dia mengambil keputusan untuk berniaga pada bulan Ramadhan dengan keadaan perut yang sarat 8 bulan. Tiada istilah rehat baginya pada waktu itu, seawal pagi telah bersengkang mata dan berehat dilewat malam.

Menjelang hari tiba dia dijangka melahirkan cahaya matanya, saya menerima pesanan ringkas " kalau apa-apa terjadi pada saya, tolong jaga anak saya ini". Terkejut saya membaca pesanan itu diawal pagi. Lantas saya mencari masa sesuai untuk membuat panggilan padanya. Dengan suara dalam dan cuba mengawal emosinya (iya, saya cam nada itu) dia menceritakan yang suaminya ada menjalinkan hubungan dengan wanita lain sepanjang ketiadaan dirinya dan hubungan mereka sudah terlalu jauh. Saya pasti berita begitu memang boleh membuatkan lutut wanita manapun menjadi lembik dan menggeletar! Namun saya tidak boleh menunjukkan emosi berapi saya pada waktu itu, kerana saya ingin dia bertenang dahulu demi nyawa anak dalam kandungannya. (Saya pasti anak didalam perut itu dapat merasakan tekanan yang ibunya hadapi)

Tidak cukup dengan ujian yang diberikan berkenaan suaminya, Allah menguji lagi dengan anak yang baru dilahirkan koma kerana terlalu lama didalam perut dan kuman telah memasuki otak anak kecil itu. Keadaan itu telah menyebabkan dia hampir meraung ketika sedar daripada proses pembedahan. Dan saya pasti Siapa-siapa pun yang berada dalam posisinya akan histeria.

Keadaan itu menyebabkan saya terpaksa balik ke sana untuk memberikan sokongan mental dan emosi kepadanya, kerana dia memberitahu saya yang ibu dan bapa kami belum mengetahui krisis antara dia dan suaminya. Lagipun saya teringin untuk melawat bayi ajaib itu. Namun setelah dua tiga hari saya berada disana tanpa mendapat peluang melihat dan menyentuh bayi itu, Allah menggandakan lagi ujiannya terhadap adik saya. Dia menjemput pulang bayi yang dipinjamkan sementara itu selama-lamanya.
Ya Allah, Dialah Maha pengatur hidup ini. Saya terduduk mendengar berita yg dibawa suami adik saya ketika keluar dari unit kecemasan. Saya begitu pasti yang Allah sedang merancang memberikan sesuatu yang sangat istimewa untuk adik saya, cuma masa dan keadaan masih menjadi rahsia Allah.

Getir sungguh ujian hidupnya, tetapi dia masih mampu tersenyum dan membuat lawak. Begitulah kami meneruskan perjalanan hidup kami yang dibaratkan seperti berjalan kaki menuju ke destinasi yang jauh. Apabila letih, kami berhenti dan setelah berjaya mengumpul semangat semula kami meneruskan perjalanan. Dia dengan masalah dalam perkahwinannya, saya dengan masalah kewangan kami. Dia masih meneruskan perkahwinannya yang goyah itu sehingga sekarang walau apa pun sebab hanya dia dan Allah sahaja yang maha mengetahui.

Setiap jiwa manusia ini akan diberikan ujian sebagai peningkatan tahap keimanan. Seperti permainan komputer. Semakin tinggi level, semakin sukar ujian dilalui dan ajaibnya, kita semakin matang dan tabah melaluinya dengan tenang. Kita boleh memilih bagaimana kita mengharungi hidup berpancaroba ini, dengan air mata atau dengan gelak tawa dan senyuman manis. Kita mempunyai banyak cara untuk maju ke hadapan, tetapi hanya ada satu cara sahaja untuk berdiri tegak.

@zellina zalinasuria ash

Sort:  

Congratulations @zellina! You have completed some achievement on Steemit and have been rewarded with new badge(s) :

You published 4 posts in one day

Click on any badge to view your own Board of Honor on SteemitBoard.
For more information about SteemitBoard, click here

If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word STOP

By upvoting this notification, you can help all Steemit users. Learn how here!

Coin Marketplace

STEEM 0.20
TRX 0.13
JST 0.030
BTC 61940.56
ETH 3421.31
USDT 1.00
SBD 2.49