"Biar aku jadi tangan kiri kau malam ini"

in #steem-cartoon6 years ago (edited)

Dia memerlukan jari manisnya. Tiba giliran dia membuat persembahan di majlis makan malam pelajar jurusan kejuruteraan tetapi mustahil untuk dia bermain piano dengan jari yang patah akibat terkepit pada pintu dewan waktu dia ingin masuk.

Syira sudah beritahu pengacara majlis. Katanya dia boleh abaikan persembahan tapi Syira tetap ingin teruskan.

Seisi dewan sudah kenyang dan hidangan pencuci mulut hampir licin. Masing-masing menumpu ke pentas kerana masing-masing tahu akan kehebatan Syira. Sebuah kamera telah digantung buat merakam kelincahan jari=jemarinya melagukan muzik. Visualnya diprojeksikan pada dinding pentas. Mendengarnya bermain bagai berada di sebuah dunia yang lain. Dia menghantar audiens ke sebuah penggembaraan skala epik, pendengar bagai terasa diri mereka hero yang akan membunuh seekor naga di atas gunung bersaljikan air mata

---- itu di persembahan lalu.

Masing-masing menunggu.

Dia naik ke pentas dan duduk di tempatnya. Tangannya diposisikan kemas. Dan dia pun mula bermain. Ia bermula biasa tetapi bila not memerlukan dia untuk menggunakan jari manisnya, tiba tiba dia berhenti dan menangis. Kepalanya tergeletak atas jubin-jubin. Dinding pentas memapar momen ini.

Kesunyian dewan dicemar bisik-bisikan yang tidak mengetahui keadaan jarinya. Mereka tertanya tanya.

"Apa yang berlaku?"
"Mengapa dia menangis?"
"Eh, siapa lelaki naik bawak kerusi tu?"

Dia duduk di sebelah Syira, memainkan beberapa not piano. Syira mengangkat kepala. Dia kenal suara itu; milik Sofyan si pengacara majlis.

"Biar aku jadi tangan kiri kau malam ini"

Dan mereka pun memberi sebuah persembahan paling romantis malam itu.

Terbayang- bayang jari manisnya bakal disarung cincin oleh Sofyan bila jarinya sembuh nanti.

( Origin hasil nukilan oleh @mdfariqkhir , di plain paper, arkitektur ditukar kepada kejuruteraan untuk menepati situasi semasa, maaf --)

2018-09-02_11.33.02_1[1].jpg