Luahan Sastera
Bangun kala matahari terbit, hangat menyelubungi badan. Kipas yang berpusing tidak mampu menghentikan keringat, lalu membuat diri ini tersedar. Namun syukur kerana masih bernyawa, bernafas untuk menjalani kehidupan seharian. Kehidupan seharian yang menjadi corak yang kita sendiri bentuk. Akal fikiran menjadi peralatan untuk mengatur seni corak tersebut.
Dengan keadaan dunia yang semakin tua, manusia semakin alpa dan gilakan kuasa serta berpandang kepada dunia semata-mata. Khilaf dengan apa yang berlaku, propa dan dusta berleluasa. Tindas menindas, nyawa begitu murah ditumpahkan darah. Jahiliah, ya inilah antara tanda-tanda dunia kembali kepada zaman jahiliah.
Manusia semakin pintar tetapi rosak akhlaknya, manusia semakin baju tetapi rosak adabnya, bila ditegur maka ditentang sehabis-habisnya dengan debat yang tiada penghujungnya. Fitnah atas hujung jari, menyebarkan tanpa was-was sehinga tidak perasan dosa-dosa yang datang dan sampai akhir masih tidak terhenti.
Mulut dan hati penuh hasad dengki, umpatan seolah-olah dosa kecil. Tumbangnya kita, mampukah sehingga merangkak di padang masyar mencari pemilik. Panas mengeluh, hujan dicerca dan bagaimana pula jika matahari rendah sejengkal. Ibaratnya hidup bagai kita yang berkuasa sedangkan begitu kecil seperti zarah.
Akhir sekali, selangkah menjauhi adalah perkara baik, setiap kata dibatalkan daripada diungkap adalah lebih baik, dan setiap pergerakan membawa keharmonian itu sudah pasti terbaik.
Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.
To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach
Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness