HARI PALING BERSEJARAH & BERMAKNA BUAT BUMI MALAYSIA.....!!!!!
Sebelum saya meneruskan perkongsian ilmu saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia.
Saya doakan semoga bumi Malaysia sentiasa mengecapi kemakmuran, keharmonian , kesejahteraan dan kedamaian sepanjang zaman.
Tahukah anda bahawa tanggal 31 Ogos dan 16 September merupakan tarikh paling bermakna dan bersejarah untuk Negara Malaysia yang tercinta. Selepas tarikh 31 Ogos 1957 hinggalah ke abad 21 bolehlah dikatakan bahawa semua rakyat Malaysia adalah anak-anak Malaysia. Sebabnya adalah kita semua dilahirkan dan dibesarkan di bumi Malaysia, Tanah Tumpahnya darahku. Sebagai rakyat Malaysia yang sah janganlah kita berpaling ke zaman sebelum merdeka. Janganlah kita amalkan sikap perkauman sesama rakyat Malaysia. Teruskanlah hidup bersatupadu dan berganding bahu sesama insan.
Sama-samalah kita tepuk dada tanya selera.....'Apakah yang kita boleh sumbangkan untuk Negara Malaysia' ? Tuhan telah menempatkan kita di bumi Malaysia ada sebabnya. Janganlah kerana isu-isu politik kita berfikir hendak lari dari bumi Malaysia. Pepatah Melayu ada mengatakan "Hujan Emas Di Negeri Orang, Hujan Batu Di Negeri Sendiri, Lebih Baik Negeri Sendiri". Contohnya kalau kita dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga A kita sepatut mencurahkan segala bakti kita kepada keluarga A , walaupun keluarga A suatu ketika dahulu pernah tidak melayan kita dengan apa yang kita harapkan. Dan janganlah kita berpatah arah untuk tinggal bersama keluarga B.
Walaupun 31 Ogos sungguh bermakna buat Negara Malaysia, namun tarikh 16 September juga sangat penting dan penuh bermakna kerana pada tarikh inilah Malaysia ditubuhkan dan diwujudkan sebagai sebuah Negara yang menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura.
Semenjak Singapura menyertai Malaysia, banyak perselisihan yang timbul antara kerajaan Singapura dengan kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur. Perselisihan ini menjadi semakin rumit dan melibatkan banyak isu yang tiada akhirnya. Malahan tidak mungkin untuk Singapura terus kekal dalam Malaysia tanpa suasana tegang yang boleh mencetuskan keganasan. Para pemimpin Malaysia, terutamanya Tunku Abdul Rahman berpendapat lebih wajar Singapura berpisah daripada Malaysia sebagai jalan keluar terbaik untuk mengatasi pelbagai krisis yang timbul, demi kepentingan perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan menghindarkan konflik politik yang berterusan. Akhirnya Singapura berpisah dari Malaysia pada Ogos 1965.
Hubungan yang tegang antara Singapura dengan Kerajaan Persekutuan akhirnya tiba dikemuncaknya menjelang Mei 1965 sehingga menimbulkan kebimbangan Tunku Abdul Rahman yang berpendapat Singapura perlu disingkirkan dari Malaysia. Pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman membuat pengumuman rasmi di Parlimen dan membentangkan rang undang-undang pemisahan Singapura. Rang undang-undang tersebut diluluskan dan tiada yang menentang atau berkecuali dan keputusan itu diambil tanpa dihadiri oleh perwakilan Singapura. Pemisahan ini menamatkan pertikaian politik yang berlarutan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Singapura. Pertikaian itu jika dibiarkan berterusan boleh memburukkan lagi keadaan sehingga mencetuskan rusuhan kaum dan pertumpahan darah. Setelah pemisahanSingapura, Malaysia hanya terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
Brunei tidak bersetuju untuk menyertai Malaysia kerana mendapat tentangan yang hebat dari rakyatnya khususnya dari Parti Rakyat Brunei yang membuat pemberontakan pada 7 Feb 1962. · Brunei enggan membayar cukai atas pendapatan minyaknya. Sultan Brunei inginkan kedudukan yang lebih tinggi dalam senarai yang akan menjadi YDPA.
Penubuhan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 dalam satu majlis jamuan yang diadakan oleh Persatuan Wartawan-Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Singapura telah dapat dilaksanakan pada 16 September 1963. Persekutuan ini terdiri daripada 11 buah negeri di Tanah Melayu, dua buah negeri Boneo iaitu Sabah dan Sarawak. Penubuhan Malaysia adalah melalui Perjanjian Malaysia yang diadakan antara negeri-negeri tersebut dan menggabungkan pelbagai dokumen termasuk Rang Undang-Undang Malaysia iaitu Akta Malaysia 1963. Gabungan dokumen ini termasuklah syarat-syarat penyertaan dan peraturan perlembagaan terhadap Sabah dan Sarawak iaitu syarat 20 Perkara yang dirujuk untuk membentuk Malaysia. Perjanjian Malaysia juga tertakluk kepada kemahuan negeri-negeri ini bagi membentuk Malaysia yang dianggap sebagai satu gabungan rakan-rakan kongsi yang bersatupadu untuk membentuk sebuah negara baru dengan ciri-ciri masing-masing.
Sebelum mengakhiri penulisan artikel ini saya ingin kongsi bersama-sama anda video untuk renungan bersama.
Akhir kata sebelum saya mengundurkan diri sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan " Selamat Menyambut Hari Malaysia ".
In my opinion, It is suppose to be called National Day. No matter though, it is a compromise i believe Sarawakians and Sabahans are willing to make as they are a step in the right direction for the nation to move forward and recognize its true history.
There are bigger problems this country is facing and a crisis we are seeing that is unfolding to the suffering of us the people. Lets hope that when the time comes, We can remember that the true strength of the nation, the real power, is held by us the people, Malaysia's Lifeblood.
For your information History is factual. Fact means fact. You cant alter history. That's a different between National Day and Malaysia Day. To know the different between National Day and Malaysia Day you need to refer back to history.
There is nothing to be altered in the History of the formation of Malaysia, which i am very proud of. We are the few countries formed without major bloodshed.
What i am doing is to bring to light ALL the facets of history, reveal history from all sides and not just one, which i feel is more important when it comes to understanding our history. Because the history is already there. and for over 50 years, it has been neglected. which in my opinion is worse than trying to alter history.
"National Day" is when the 11 states in Peninsular Malaysia federated into a single Federation of Malaya.
Which, as a Sarawakian, does not matter to me directly. As Sarawak itself has it's own independence day (unknown to most West Malaysian) on the 22nd of July 1963. It was only 2 months later on the 16th September 1963, that Singapore (later expulled),Sarawak, Sabah (then refered to as North Borneo), and the Federation of Malaya federated into the Federation of Malaysia (Malaysia) after the signing of the Malaysia Agreement. Which is what is now celebrated as "Malaysia Day".
I feel that too much emphasizing of independence of Malaya with little regards to the other more important date is quite disenfranchising to the people of Sabah and Sarawak. As i feel that the Federation of Malaysia bears much more significance to the formation of Malaysia rather than just the independence of half of the country.
Bagus BM content
Terima Kasih.
Congratulations for your efforts to add the BM content. This truly has inspired me to write in BM too. I will try my best. Kudos!
Thanks. As we all know that we are Malaysian. We should be proud of the usage of BM in the glory land of Malaysia.